Kita sering bertanya mengapa cinta tak pernah bertandang
dalam hidup kita. Kadang-kadang saya
juga begitu. Jika kita lihat di laman
muka buku a.k.a. Facebook, kita dapat lihat nama nama pengguna seperti mencari
cinta hakiki, lelaki kesepian, wanita sunyi, dan lain-lain lagi nama pengguna
yang jelas melihatkan mereka kesepian dan sedang mencari insan untuk
disayangi. Persoalannya, adakah kita
faham tentang erti perkataan cinta?
Adakah kita mencari cinta di tempat yang betul? Atau kite sebenarnya telah terlepas pandang
sehingga kite telah terlepas cinta hidup kita? Dan yang paling penting sekali adakah kite
benar-benar bersedia untuk dicintai dan mencintai?
Jika
anda merasakan saya memiliki jawapan terhadap sumua soalan-soalan di atas, anda
salah. Ini kerana saya tidak bersedia untuk
dicintai dan mencintai. Jauh di sudut
hati, memang ade perasaan untuk mencintai dan dicintai, tetapi saye merasakan
saya masih belum bersedia untuk mencintai dan dicintai dari segi zahir dan
batin. Apa yang saye maksudkan dengan
batin bukanlah bermaksud saya lemah tenaga batin atau apa-apa yang berkatan
dangan tenaga batin. Saya Cuma merasakan
bahawa hati saya masih belum mampu untuk menyayangi insan lain yang berada
disekeliling saya lebih dari saye menyayangi meraka pada saat ini. Ya, saya ada rakan-rakan wanita, tapi saya
menyayangi meraka sebagai kawan dan saya menyayangi meraka lebih dari saya
menyayangi diri saya sendiri. Jadi hati
saya tidak mampu untuk menyayangi mereka lebih dari itu (pada saat saya menulis
masih lagi tidak). Dan jika pun hati
saya telah mampu menyayangi meraka, saya masih kekurangan dari segi fizikal
(bukan bermaksud saya tidak cukup sifat).
Ya, cinta itu buta, dan ulat dalam batu pun boleh hidup. Hanya kerana cinta itu buta tidak semestinya insan
dicinta dan mencinta itu buta. Dan jika
benar meraka itu buta, sampai bila
meraka akan buta? Untuk jatuh cinta
memang mudah, tapi untuk mengekalkannya,
tidaklah begitu mudah. Janganlah kita
membandingkan diri kita dengan ulat. Samekah? Fikir-fikirkanlah.
Bagi
saya, persoalan mengenai cinta berakhir disini.
Bagi anda yang masih tertanya-tanya dimanakah cinta sejati anda, dan
memiliki keperluan zahir dan batin untuk cinta, adakah anda memahami erti
cinta? Adakah kita mencari cinta di tempat yang
betul? Atau kite sebenarnya telah
terlepas pandang sehingga kite telah terlepas cinta hidup kita?
Sejujurnya,
saya tidak mampu untuk menjawab soalan di atas.
Tetapi saya boleh berkogsi ape yang saya lihat disekeliling saya. Saye melihat sesetengah kawan yang
bercinta. Sesetengah mereka mempunyai
rupa paras yang kacak atau cantik, manakala pasangan mereka pula tidaklah begitu. Bagi saye, inilah cinta kerana dengan cinta,
mereka telah terlepas pandang kekurangan mereka. Tapi, bagaimana pula dengan pasangan yang
sama cantik dan sama kacak? Adakah ini
bermakna setiap insan yang kacak dan cantik harus memilih pasangan yang tidak
berapa cantik dan tidak berapa kacak?
Bagi saya ya. Perumpaan kacak dan
cantik bukanlah hanya berhenti di situ.
Kaya vs miskin, bijak vs kurang bijak, dan lain-lain lagi. Bukankah pasangan harus melengkapi antara
satu sama lain? Tetapi ini bukanlah
jawapan yang terbaik untuk soalan ini, kerana takrifan cinta itu adalah sesuatu
yang sangat subjektif.
Atau
mungkin juga kita sebenarnya telah terlepas pandang orang yang kita cintai
ataupun mencari di tempat yang salah?
Untuk soalan ini, saya ingin berkongsi cerita tentang rakan saya ketika
di bangku sekolah rendah. Kedua mereka
adalah kawan saya. Saye masih ingat
mereka bukanlah pasangan seperti mana kanak-kanak di sekolah rendah or menengah
sekarang. Tapi kini mereka baru sahaja
bernikah atau berkahwin (saya tidak dijemput).
Jadi, jika benar seseorang itu telah ditakdirkan untuk kita, sejauh mana
pun ia terbang, akhirnya akan pulang ke pangkuan kita semula (Geli, bace ayat
sendiri).
Pengajaran
yang pertama ialah kepada sumua adik-adik yang masih belajar di sekolah rendah,
sekolah menengah, matrikulasi, university, ingat-ingatlah sebelum anda bercinta
kerana saya yakin anda masih belum memiliki aspek zahir dan batin yang telah
saya nyatakan diatas. Dan sekiranya anda
memilikinya, jadikanlah matlamat cinta anda sebagai perkahwinan. Tetapi jika anda rasa cinta itu dapat
mendorong anda dalam akademik (terbukti, bukan ckp kosong je), silalah
bercinta, tapi ingat batas-batasnya.
Kedua, percaya atau tidak, cinta itu akan datang kepada ada (cube
menjadi optimis), dengan syarat anda mencarinya bila anda rasa anda
bersedia. Namun saya tahu, segalanya
mungkin takkan terjadi secara terancang.
Yelah, siapa yang pernah merancang untuk jatuh (Cinta). Oleh sebab inilah saye kurang gemar
menggunakan perkataan jatuh cinta (sakit kowt jatuh). Jika anda telah jatuh cinta, muhasabah la
diri anda. Terutamanya, fikirkanlah
adakah anda memerlukan cinta yang lain selain dari cinta yang telah anda miliki
(tuhan, family, etc) dan adakah anda telah bersedia untuknya. Dan yang terakhir, kepada yang miskin, kurang
cantik or kacak, bersukurlah kerana kemungkinan anda memiliki cinta sejati
amatlah tinggi (I truly hope this for me). ;)
p:s >>> vid xde kene mengena (ade kene mengene tp kene reflect byk kali) :)
No comments:
Post a Comment