YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 8 October 2012

CINTA?


Kita sering bertanya mengapa cinta tak pernah bertandang dalam hidup kita.  Kadang-kadang saya juga begitu.  Jika kita lihat di laman muka buku a.k.a. Facebook, kita dapat lihat nama nama pengguna seperti mencari cinta hakiki, lelaki kesepian, wanita sunyi, dan lain-lain lagi nama pengguna yang jelas melihatkan mereka kesepian dan sedang mencari insan untuk disayangi.  Persoalannya, adakah kita faham tentang erti perkataan cinta?  Adakah kita mencari cinta di tempat yang betul?  Atau kite sebenarnya telah terlepas pandang sehingga kite telah terlepas cinta hidup kita?  Dan yang paling penting sekali adakah kite benar-benar bersedia untuk dicintai dan mencintai?

                Jika anda merasakan saya memiliki jawapan terhadap sumua soalan-soalan di atas, anda salah.  Ini kerana saya tidak bersedia untuk dicintai dan mencintai.  Jauh di sudut hati, memang ade perasaan untuk mencintai dan dicintai, tetapi saye merasakan saya masih belum bersedia untuk mencintai dan dicintai dari segi zahir dan batin.  Apa yang saye maksudkan dengan batin bukanlah bermaksud saya lemah tenaga batin atau apa-apa yang berkatan dangan tenaga batin.  Saya Cuma merasakan bahawa hati saya masih belum mampu untuk menyayangi insan lain yang berada disekeliling saya lebih dari saye menyayangi meraka pada saat ini.  Ya, saya ada rakan-rakan wanita, tapi saya menyayangi meraka sebagai kawan dan saya menyayangi meraka lebih dari saya menyayangi diri saya sendiri.  Jadi hati saya tidak mampu untuk menyayangi mereka lebih dari itu (pada saat saya menulis masih lagi tidak).  Dan jika pun hati saya telah mampu menyayangi meraka, saya masih kekurangan dari segi fizikal (bukan bermaksud saya tidak cukup sifat).  Ya, cinta itu buta, dan ulat dalam batu pun boleh hidup.  Hanya kerana cinta itu buta tidak semestinya insan dicinta dan mencinta itu buta.  Dan jika benar  meraka itu buta, sampai bila meraka akan buta?  Untuk jatuh cinta memang mudah, tapi untuk  mengekalkannya, tidaklah begitu mudah.  Janganlah kita membandingkan diri kita dengan ulat.  Samekah?  Fikir-fikirkanlah. 
                Bagi saya, persoalan mengenai cinta berakhir disini.  Bagi anda yang masih tertanya-tanya dimanakah cinta sejati anda, dan memiliki keperluan zahir dan batin untuk cinta, adakah anda memahami erti cinta?    Adakah kita mencari cinta di tempat yang betul?  Atau kite sebenarnya telah terlepas pandang sehingga kite telah terlepas cinta hidup kita?

                Sejujurnya, saya tidak mampu untuk menjawab soalan di atas.  Tetapi saya boleh berkogsi ape yang saya lihat disekeliling saya.  Saye melihat sesetengah kawan yang bercinta.  Sesetengah mereka mempunyai rupa paras yang kacak atau cantik, manakala pasangan mereka pula tidaklah begitu.  Bagi saye, inilah cinta kerana dengan cinta, mereka telah terlepas pandang kekurangan mereka.  Tapi, bagaimana pula dengan pasangan yang sama cantik dan sama kacak?  Adakah ini bermakna setiap insan yang kacak dan cantik harus memilih pasangan yang tidak berapa cantik dan tidak berapa kacak?  Bagi saya ya.  Perumpaan kacak dan cantik bukanlah hanya berhenti di situ.  Kaya vs miskin, bijak vs kurang bijak, dan lain-lain lagi.  Bukankah pasangan harus melengkapi antara satu sama lain?  Tetapi ini bukanlah jawapan yang terbaik untuk soalan ini, kerana takrifan cinta itu adalah sesuatu yang sangat subjektif.

                Atau mungkin juga kita sebenarnya telah terlepas pandang orang yang kita cintai ataupun mencari di tempat yang salah?  Untuk soalan ini, saya ingin berkongsi cerita tentang rakan saya ketika di bangku sekolah rendah.  Kedua mereka adalah kawan saya.  Saye masih ingat mereka bukanlah pasangan seperti mana kanak-kanak di sekolah rendah or menengah sekarang.  Tapi kini mereka baru sahaja bernikah atau berkahwin (saya tidak dijemput).  Jadi, jika benar seseorang itu telah ditakdirkan untuk kita, sejauh mana pun ia terbang, akhirnya akan pulang ke pangkuan kita semula (Geli, bace ayat sendiri). 


                Pengajaran yang pertama ialah kepada sumua adik-adik yang masih belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, university, ingat-ingatlah sebelum anda bercinta kerana saya yakin anda masih belum memiliki aspek zahir dan batin yang telah saya nyatakan diatas.  Dan sekiranya anda memilikinya, jadikanlah matlamat cinta anda sebagai perkahwinan.  Tetapi jika anda rasa cinta itu dapat mendorong anda dalam akademik (terbukti, bukan ckp kosong je), silalah bercinta, tapi ingat batas-batasnya.  Kedua, percaya atau tidak, cinta itu akan datang kepada ada (cube menjadi optimis), dengan syarat anda mencarinya bila anda rasa anda bersedia.  Namun saya tahu, segalanya mungkin takkan terjadi secara terancang.  Yelah, siapa yang pernah merancang untuk jatuh (Cinta).  Oleh sebab inilah saye kurang gemar menggunakan perkataan jatuh cinta (sakit kowt jatuh).  Jika anda telah jatuh cinta, muhasabah la diri anda.  Terutamanya, fikirkanlah adakah anda memerlukan cinta yang lain selain dari cinta yang telah anda miliki (tuhan, family, etc) dan adakah anda telah bersedia untuknya.  Dan yang terakhir, kepada yang miskin, kurang cantik or kacak, bersukurlah kerana kemungkinan anda memiliki cinta sejati amatlah tinggi (I truly hope this for me). ;) 

p:s >>> vid xde kene mengena (ade kene mengene tp kene reflect byk kali) :)